Monday 23 January 2012

11.a TAKDIR INI (Cadangan Bab 12)

MAKA bermulalah takdir ini. Di sinilah. Di bilik nombor 6 itu aku ditempatkan. Tidak jelas siapa yang membawaku ke rumah sakit Pusat Kesihatan Umum Muhamadiah (PKU). Tidak terbayang pun akan menempatinya. Jalan muka PKU memang kerap kulintasi, Jalan Diponegoro berulang alik dari rumah ke kantor pos, masuk kiri ke Jalan Malioboro untuk masuk ke pasar Bringhardjo. Jalan yang sepanjang waktu sesak terutama sepeda, motor, termasuk juga andung- kereta kuda. Ketika itu cuaca semakin panas terik, kukira sudah mencecah 34 darjah selsius . Tetapi  di dalam ruang rumah sakit terasa tenteram. Mungkin kerana  hiasan tamannya yang menyegarkan dengan susunan batu-batu dan rumpun pandan wangi menimbulkan suasana damai. Sepasang serindit menggetarkan bulu kuning hijau di jambul menggetar menambah seri suasana. Tetapi itu hanya dapat dinikmati oleh pesakit yang sudah didatangi angin afiat.

Di kamar nombor 6 itu, aku berdua. Kelihatan wanita  setengah baya membuka senyuman. Itulah senyuman pertama kusambut tetapi aku masih merasa asing, dan sukar menyambut senyuman itu dan merasa sayu sendiri.

" Baik- baik saja, kau dik "

Itulah juga suara pertama menegurkan. Wanita sebelah katil menatapku. Seperti mahu bicara lagi,

" Adik sudah dua hari di sini, syukurlah adik sudah sedar"

Sedar? Siapakah yang tidak sedar. Aku? Telah dua hari. Aku cuba mengingati detik- detik dua hari yang dimaksudkan oleh wanita itu. Satu-satu, mula memenuhi otaknya. Setelah Dr Handoko  mengenakal diri, setelah Jururawat Yanti memberi suntikam pagi, aku dapat merasa embun kesegaran. Rakan-rakan sekuliah mula mengunjungi. Teman-teman seperantauan juga.

" Kau cuma demam panas"

Begitu ucap Aman. Pemuda ini berasal dari Johor dan kuliah Pertanian di Universitas Gajah Mada (UGM) datang menjenguk.  Aman datang bersama Naning, dan memberi khabar tentang penyakitku.

" Aku sempat bicara dengan Dr Andi  tadi !"
" Oh ya! "

Seharusnya akulah yang lebih dulu tahu penyakitku tetapi sebelum aku mendapat tahu dari bibir doktor malah Aman pula yang lebih cekap bertanya kepada perawat untuk lansung bertemu Dr  Andi. Aku sendiri belum dibenarkan turun dari katil. Aku mengeluh,

" Rasaku macam sakit teruk pulak!"
" Mungkin kerana ubat pelali belum hilang, kau tenang saja dulu, rehat di sini.."

Naning, gadis Sunda teman Aman mengupas buah limau yang mereka bawa. Keliahtan ulasannya yang cantik lembut dan segar. Udara petang itu nyman walaupun musimg keringmasih terasa habanyanya. Kota Jogja di bulan April sering berdebu di musi-musim panas. Daunan pohon jati  yang meredupi jalan juga mula mengerin, gugur dan melayang. Namun petang itu telah disegarkan oleh bisikan angin dan disejukkan dengan deraian gerimis petang serta siulan sepasang serindit. tingkap di sebelah katilku memang menghala ke taman. Warna hijau rumput manila menimbulkan kesan lembut permaidani sejuk ke sukma. Sejambak lili putih muncuk di celah-celah rumpun pandan. Warna putih kelopak lili berpadu dengan putih buih sabun gaun para  jururawat yang tidak hentinya lalu  lalang melintasi kamar.Kecuali bau ubat menyengat  hidung hingga mengganggu keredupan kolam rasa. Ini makin menambah sebak pilu yang amat cepat menaburkan titian air jernih di pipi. Cepat aku menyedari di sebelah katilku ada Aman dan Nining.  


" Kau tahu dari mana aku berada di sini? "
" Kebetulan kami berbelanja di Toko  Mirota, jumpa Juli. Katanya kau pitan ketika kuliah tempoh hari ."

Jelas sudah. Aku tiba-tiba berasa pening. Mungkin terus pitam setelah pandangan mula mengabur, bergoyang dan terus menggelap ketika mengikuti kuliah Sejarah Seni hari Isan lalu. Wajah Pak Soedarso terus terbayang. Suara hinggar bingar menuju ruang kuliah di pintu dua sebelah Dewan Besar - Aula, di tingkat  tiga kembali mengiang. Hari itu memang ruang kuliah sesak. Semua mahasiswa dari pelbagai jurusan wajib mengikutinya. Lima jurusan utama bergabung: Seni Lukis, Seni Patung, Seni Dekorasi, Garafik dan Seni Foto. ditmbah lagi dengan mahasiswa Seni Bina UGM. Apakah itu menjadi punca? Benanga dan jalur fikiranku bergetr dan bergegar kusut lalu itba-tia alah dan tidak sedarkan diri selama dua hari.

Yang terlintas kembali, Juli memautku erat. Juli teman serumah di Ngampilan 40 C. Kebetulan Juli tidak ponteng kuliah ketika itu dan bersamanya. Juli memapahnya keluar dari Aula di tingkat tiga  dan turun, memanggil beca. Juli juga membayar tambang beca.

Di kamar tidur aku benar-benar merasa sesak. perut semakin mual terasa berpintal. Deman dan pening kerap melanda kalau cuaca dan suhu  panas dan segera  bersilih ganti. Tetapi kalau dulu bila deman di sisi kerap  ada, emak, abah atau nenek. Tetapi di rantau jauh? Ya memang  ada Yuli, Kak Tin membantunya. Yuli pun menyuguh gelas berisi susu murni. Pasti dari campuran susu tepung  dari kamar Yuli . Ketika itu, baru   minggu kedua bulan April. Bahan cicilan makanan keringku sudah habis. Susu tepung atau tin memang tidak dalam stok simpanan. Cuma ada teh Jawa dengan ketulan gula batu terletak di sisi meja tulisanya. Mereka berkongsi ruang dapur. Kak Tin menyediakan dapur minyak tanah dan  meja kayu  itu kegunaan kami  yang  menyewa kamar rumahnya. Di ruang dapur itu tidak ada apa-apa. Kerap pula kosong kerana kami jarang masak. Hanya  sekadar merebus Indomee atau telur. Pada minggu akhir sebelum peristiwa itu sarapanku hanya biskut kering dan ketuk ubi. Tengah hari dengan  Indomee  atau sesekali berlanggan dengan di warong Bu Karto di depan rumah Kuncen.  Dengan sepiring  nasi masak kukus, sepotong tempe lemak atau tauhu  berulam cili api.  Kalau anak-anak Melayu Palembang danRiau betah dengan makanan tradisi Jawa, kenapa aku tidak? Kemudian ku dengar suara Aman: 'Kau perlu makanan yang lebih segar Iz!"

Aku mula mendengar suara-suara tetapi mataku begitu berat untuk dibuka. Kurasa katil berputar juga kamar yang hanya dibatasi dinding anyaman buluh bergemersik. Cahaya lampu 20 watt juga kelihatan bergoyang . Suara Kak Tin jelas  mengarahkan sesuatu kepada Yuli.

" Ayuh, kudinginkan kepalamu dengan ais, buka baju mu yaah, kuikat rambutmu juga tho!"

Semuanya makin jauh, kabur dan gelap. Yuli kah yang menekan  ais di kepala? Kak Tin kah yang membuka baju ? Mengikat rambutku?   Kudengar lagi suara. Sayu dan makin sayup.

" Aaa. cepat beritahu temn-temannya di Jalan abu Bakar Ali !"

Suara semakin sayup dan menghilang. Setelah terdengar arahan: " Tepi, tepi, panas. Buka jendela  sana tuu" .

Aku mula terlayang, mengepak makin tinggi. Makin tinggi. Muncul irama mengiringi. Tebang dan terbang. Terdengar suara memanggil. Menggapai lunak. Tiba-tiba muncul gema suara yang amat dikenalinya. Yang amat dirindui: ' ...Kau harus  sihat semula, nak! Harus segar dan kuliah hingga selesai. Jangan hampakan  Mak di tanah air, anakku!'

Ya, Tuhan. Perlahan aku melandaikan sayap. Tenang dan aman. Aku kembaki dengan bentuk fizik yang tadi melemah, kita tersedah dalam ketidaksedaranku. Berkali aku antara sedar dan jelas mengucap berulang kali,

" Ya Allah ! Ya Muhammad !"
" Begitulah, ucaplah Kalimah syahadah dik !"

Pasti suara Kak Tin terdengar lagi. Namun, mataku masih berat dan tidak mahut terbuka. Ya, Allah aku harus bangun, sehat . Kembali kuliah. Bukankah aku tekah mendengar bisikan Emak sesat ketika terawang dalam separuh mimpi? Rindu terjawab dalam pertemuan sedetik bagai pancaran kilat datangnya. Emak! .

Jam 12.00 tengah hari. Jam satu. Jam dua berlalu . Malampun datang. Aku terlena  .Lama sekali.

" Dua hari kau tidak sedar, dik "

Itulah ucapan pertama menegurku di kamar nombor 6  di rumah sakit itu. Minggu pagi selepas itu aku dikejutkan dengan kunjung  Halil. Hari ke lima aku telah dihulur surat khabar dan membacanya seakan telah ketinggalan setahun peristiwa.

" Hei, mestinya kau ikut rombongan ke Tawangu?" , aku bertenya kenapa Halik tidak bersama kawan-kawan lain yang bergabung dalam  Persatuan Kebangsaan Pelajtar Mekaysia di Indonesia (PKPMI), yang sedang  mengadakan berlibur ke Tawamangu!

" Sengaja kubatalkan, kerana tahu kau di sini "

" Oh, tiba-tiba aku teringatkan berita yang tersebar dari radio amater Suryaindah mengkhabar berita kunjungan pelajar Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaysia ke Jogja.

Bukan rombongan itu yang penting  tetapi ketua rombongan itu memang sahabat sejak di sekolah menengah dulu. Tetapi bagaimana caranya kala aku sedang bertarung di rumah sakit ini. Ya Tuhan! Tentu Emak mengirim sesuatu lewat Fahmi. Atau pasti juga Emak ingin mendengar berita daripada Fahmi , teman sejak di Sekolah  Aminuddin Baki dulu. Namun, siapa akan memberitahu Fahmi, aku di wad rumah sakit? Ketika itu pula mereka sedang berwisata ke gunung. Walaupun aku bukan pelajar yang mendapat biasiswa kerajaan dikirim oleh JPA atau MARA tetap berkawan dengan kumpulan ini. Kebetulan PKPMI sudah wujud sebelum mereka tiba. Kerana itu aku dengan mudah berbaik dan kerap beraktiviti di Rumah Pelajar di Jalan Abu Bakar Ali, Kota Baru.
Persahabatan kami akrab bagai keluarga dan kerap aku mendapat perhatian dari pelajar senior terutama Cikgu Murad, Ramli Isin, dan Ayah Ismail. Tetapi masih ada kunoukan kain yang bergabung dalam Himpunan Pelajar Melayu Islam (HPMI) yang kerap pula bertelagah isu dan ideologi. Pernah juga acara persembahan sempena Hari Kemerdekaan  tergugat. Mendapat tentangan dari HPMI. Tetapi Ayah Ismail dapat menyelesaikan  masaalah kenegerian itu. Namun aku kerap juga mendekati kawan-kawan kumpukan ke dua ini, walaupun kadang-kadang ada juga mata curiga dan menyelidik. Dan kini, ketika aku di rumah sakit, sahabat seperkelolahan pula tiba...tetapi kenapa mereka menghubungi HPMI bukan PKPMI? Siapa pula antara mereka tahu aku di sini?

Dialah sahabat keluarga kami, dia dengan kawan-kawannya  turut membantu persekolahan adikku Watie bila ayah Di mendadak dijemput Ilahi. Fahmi yang mengetahui latar kegiatan seniku sejak alam persekolahan. Aku yang suka menulis sajak. Yang kerap menghabiskan waktunya di Kelab Seni Lukis. Aku yang lincah  di padang sukan. Di sini dalam PKPMI jugalah yang mengatur kegiataan puisi, malam kesenian, menyambut kunjungan penyair tanah air dan mengatur lawatan PENA ke sanggar  Rendra, bertemu dengan penyair Umbu Landu Paringgi. Aku bersama Azran, sekretariat Penengaran dengan gembira ikut mengelolakan persenbahan seni. Masyaallah, sekarang Fahmi tiba di Jogja? Aku bersendirian di rumah sakit. Dan Halik datang mengunjunginya. Tetapi kekuatan apakah untuk aku meminta bantuannya Tawamangu. Hingga dia meninggalkan jan lawatan aku masih tidak mampu untu mengkhabarkan tentan kunjungan Fahmi.

Tengah hari Juli datang, bersama Wayan dan Gde . Juli membawa rantang sup tauhu kiriman Kak Tin. Juli singgah sebentar, seterusnya  keluar dengan John untuk pemotretan model di Prambanan. John perlukan model untuk persiapan pertandingan seni foto. Wayan dan Gde sekuliah dan sejurusan. Kedua-dua berasal dari Bali. Wayan menghulur  beberapa helai nota kuliah Sejarah Seni seperti yang kupesan kepada Juli.

Aku juga sedar, jasmaniku masih lemah terutama di bahagian kaki tetapi ingtan dan perasaanku mula  sear. Melihat pakaian doktor, perawat perempuan atau lelaki berseragam putih menjadikan pandananku kembali bersih dan tenang. Setiap malam menjelang tidur, Ustazah akan datang mengucapkan doa selamat malam. Terasa sendu sekali, kerana Pusat Kesihatan Muhadimah mangamalkan kesihatan Muslim. Aki sendiri meminta ustazah berdoa untukku, tetapi beliau senyum, sambil  bersuara,

 " Sebaiknya adik sendiri berdoa kepada Allah swt. Malaikat akan  mencatat setiap ungkapan doamu. Percayalah, Allah Maha mendengar suara hati hambaNya. Insyaallah".

Anehnya dengan kelembutan wajah ustazah itu terbayang pula wajah emak, nenek. Bukankah begitu ketika aku berusia lima tahun, nenek kerap membelai terutama kalau aku ketakutan ketika hujan lebat dengan guruh dan kilat? Rumah nenek dengan lantai dan dindingnya sompek di sana sini yang dirimbas hujan dengan atap bocor, semuanyua adalah ketakutan, kesayuan kecil yang sering menunda ingatanku.

" Apa doamu yang pertama?" Tanya ustazah sambio memandangku dengan mesra .

" Semoga, saya cepat sembuh, sihat dan boleh segera masuk kuliah " , jawabku lansung.

" Ah, dasar anak nakal, seharusnya kamu terlebih dulu mengucapkan doa seharian, mohon doa  ke hadrat Illahi, puji-pujian dan salawat kepada Nabi, ahli keluarga dan para Sahabat..." 

" Begitukah ? "  Ooh, aku melongo...

" Ayuh , bangun ambil wudhuk dan pegang al Quran ini ! "

Aku menjadi penurut perentah, terkagum memikirkan ada penasihat agama Islam iwakili ustazah memberi doa dari katil ke katil pesakit  perempuan. Kusambut Al Quran yang berbungkus kain putih membukanya. Ustazah mula berdoa. Aku mengaminkan dan cuba berdoa dalam hatiku sendiri. Doaku masih juga tentang doa haran. Pintaanku? Aku ingin segera sembuh. Keluar dari rumah sakit dan dapat  ke kuliah lagi.

Dengan ciuman selamat malam, ustazah keluar. alangkah lembutnya wajahnya, diakah bidadari malam sehingga aku dapat lena dengan nyamata merasa kehangat pipinya ke pipi lembut dengan kasih sayang. Dunia hidupku kembali tenteram.Betul juga seperti catatan kuliah filasat dan psikologi yang kuikuti menyatakan perlunya kasih sayang yang boleh menyembuha penyakit demi segla penyakit. Adakah petugas agama Islam begii mengunjungi rumah sakit  di tanah air? Setahuku  hanya pendeta Kristian sahaja yang sering mengunjungi ruma sakit swasta dengan usaha sukarela tentu juga dengan muslihat lihai di sebaliknya.

Tiba-tiba aku terkejut dengan kemunculan Husni, kenapa hatiku tergetar. Tahukah Husni, bahawa hatiku pernah bergetaran menatap pandangan dan senyumannya! Adakah getaran yang sama di hatimu? Mungkinkah bunga kasihku bersambut? Aku tertanya sendirian. Kalaulah Husni lima tahun lebih  umurnya daripadaku, pasti akan kuserahkan hatiku lepada pemuda segak itu. Dalam usia begini aku sendiri belum sedia terikat. Belum ingin berduan secara mesra. Aku lenbih senang berkelompok, bepergian beramai . Kemudian aku akan bebas sendiiran membelai hatiku sendiri dalam keriuhan teman-teman. ..sehingga berlalu dengan masuk kedua heningku. 
                                                 * * * 

Kicauan nyaring burung perling mengejut tidur ku . Jendela kamar  sudah dibuka. Sepasang burung dengan bulu hijau berkilat di kepala bermain helaian dauan yang masih diperciki titisan embun. Bulu hijau pekat berkilau dengan sinar merah dari kilatan mata sang uggas itu seakan menatapku termenung di jendela. Bunga bawang dengan jurai putihnya tersenyum segar.
Inilah hari terakhir aku di kamar ini. Fikiranku mula rengan untuk memulakan hari baru di luar rumah sakit ini. Cerah cahaya matahari seakan memberirucaoa selamat yang bagiku adalah petanda baik untuk melangkah keluar dari ruang yang menyimpan rahsia punca kesakitanku. Tetapi tidak lama, tenghari Nyoman tiba. Tiba-tiba dadaku bergelombang. Kenapa wajah sang Pangeran yang dincer beberpa kawan lain di kampus seakan meresahkan hatiku. Mampukah aku tersenyum? Tetapi kenapa pula wajah Nyoman suram malah seakan sedih? Lepas itu adalah detik penyerahanku. Kalau dia marah dan bersura keras...ya ampun...
" Maafkan aku, tentu kau kaget aku datang. Tapi sebagai sahabat, wajarkan aku daang melihatmu, walaupun terlewat berapa hari. "
Suaranya tenang sebaliknya aku yang gelabah dan tertanya kenapa sikapnya berubah tenang tidak marah kerana aku menolah kasihnya?
" Oooh di hari yang ke dua belas baru aku dapat datang ke sini. Maaf ya ".

Aku mula menilah hari-hari suka dukaku yang lalu. Kubenarkan Gunar mengikuti ku pulang ke Kuala Lumpurm bagi memudahnya untuk membuat rancangan pameran. akan kukenalkan dengan beberpa galeri dan teman pelukis. Kukenalkan dia dengan Nuddin pelajar ITM jurusan Seni Lukis. dengan Nuddin, pasti akan mengembangkan jalinan persahabatan pelukis muda yang masih belajar di sana. Kini aku tertebak! Mungkin Nuddinlah yang menjadi biang keladi, bukankan dia dengan bangga pernah menyatakan lagaknya,

" Ya akulah Nuddin. Siapa tidak kenal Nuddin . Yang beajar menakluk keindahan alam daripada pengalaman yang penuh bakat semula jadi, yang tak mungkin menjadikan orang kecewa. Ha...ha..kau masih menunggu dia? "

Hampir muak aku mendengar celotehnya yang datang bersama Enon ke rumahmu. Biddin yang belajar seni lukis di ITM telah Eno kenalkan kepadaku, katanya , " Biddin sepupu, bakal jadi pelukis terkenal, sesuai berbaik dengan mu " . Haaaa???

Biddin inilah yang kuperkenalan  dengan Gunar. Kenapa demikian bodoh aku melakukan hal ini, bukankah dialah yang menjadi biang keladi melagakan Gunar dengan Badri? Hingga Badri memberi berita yang menduka hati Ibu, " Anak Makcik sudah menikah dengan Gunar di Jogja!" Dengan Gunar pula Nuddin  berdongeg pula, " Heei Izah sudah bertunangan dengan Badri...kau jangan ganggu ya ". 

Kini kerana Gunar datang menziarahiku di rumah sakit dengan membawa pesan Nuddin, memang menjengkel hatiku. Kerana surat itu pula Gunar datang, dia yang marah kembali ingin berlembut hati buatu jiwaku yang semakin resan tawar, dan muak dengan perlakuan kepuraan lelaki!  
  
(...bersambung)

Thursday 29 December 2011

DERU OMBAK DI HATI (Penutup)

PANTAI Pasir Putih

Sudah hampir berangkat pulang ke tanah air, tetapi mengapa masih juga kudengar deru ombak yang mengocak di dada. Berapakah jumlah pantai yang menggembur ombak di hatimu ? Terpercik bahagia di wajah luka. Akupun menghitung beberapa wajah pantai dan deru ombak yang menyimbah cinta!  Aku pernah  meninggalkan tergesa melarikan diri dari deruan ombak di Pasir Putih, Surabaya ketika sahabat pelukis yang baru kukenali mengajak melukis. Aku tidak tahu, apakah benar Jor ingin melukis laut dan ombak. Pelukis dari AKSERA itu bersungguh menawar untuk bersama melukis laut.
" Ombaknya cantik, bila perahu kita oleng dan melambung, aku akan berkemudi, dengan hebat, usah gusar, ayuh mahu temanin aku melukis ombak?"  
" Melukis ombak, wow hebat. Oke aku ikut"
" Rambut panjangmu cantik, bagai ombak mengalun !"
" Ah kau mula bercanda. Hee mana kanvasmu?"
" Ya adalah...nanti, kau ku peluk dulu, baru lukis wajahmu?"

Tetapi laut Pantai Pasir Putih, bukan laut untuk bercanda cinta. Angin menderu , perahu bercadik kami mula melambung dipukul ombak yang tiba-tiba mengulung dari laut biru nilam. Aku ketakutan, memeluk tubuh sendiri tetapi selepas itu  membiarkan tubuhku kaku dalam dakapan kemas dengan tangan  perkasa merangkul bahu hingga ke pinggang. Perahu kecil bercadik memang dilambung ombak, tetapi Allah swt masih menyelamatkan kami, kerana lambungan perahu kecil itu justeru terhumban ke pasir pantai.Pakaian kami  basah  kuyup dan aku  sendiri beberapa kali memuntah air dan seorang nelayan sudah berdiri di sisi  dengan menghulur botol air.

" Minumlah nak, seharusnya di musim gelora ini, kalian jangan cuba berani bermain  ombak. Mujur Sang Restu masih berbaik hati, kembali melambungkan perahu setelah mengheret  jauh ke sana, dan jatuh ke pasir. Kalau nun ke sana, ke cerancang tajam  batu karang, waduh...." 

Itulah detik pertama, acara melukis gagal. Selepas itu aku  segera meminta diri, menghenti perjalanan penuh teka teki...
" Esok aku harus pulang Jor"
" Waduh, kita masih ada acara, melukis ke gunung !"
" Ah , udah aku capek..minggu depan sudah mulai kuliah. Aku harus buat persiapan"
" Takut sama Nyoman ya, sori aku bercanda aje deh" 

Pagi bening esoknya aku  tergesa meninggalkan losmen dengan beca menuju stesyen kereta api.Sekeping nota kutinggalkan di meja penyambut tamu setelah melunas tambahan sewa kamar . Tidak tahu jam berapa  Jor datang  dan  membaca, entah merobek atau melupakan saja tulisan tergesaku, 

Tidak ku kesal
ya yang hilang
datang pulang
senyum cinta berbalik
untuk nafas sedenyut
dari Nya! Uji Sakit
tetap indah Jor
MasyaAllah!

PANTAI Parang Tritis

Tidak banyak lukisanku mengambil pemandangan dan warna  pantai. Aku lebih kerap mendengar ombak, melihat gulungannya yang berlapis, bergulung,menderu, melompat, dan mengeliting buih ke lidah pantai.  Program melukis di Parang Tritis memang tidak mengizinkan kami terjun berenang di lautan  yang anker itu. Cerita lagenda  yang dianggap benar dalam sejarah Kesultanan Yogyakarta dan Kesunanan Surakarta, telah meninggal pesan, jangan sembarangan bercanda di Pantai Selatan...Laut itu dijaga penuh iri oleh Nyai Loro Kidul, pembantu Rtu Laut Selatan, Kanjeng Ratu Kidul yang kononnya isteri mistika Raja Jawa yang menguasi Pantai Selatan. Kedua-dua kraton Jawa ini menghormati lagenda ini, hingga masih menghormati Pantai Parangkesuma  di Bantul, Jogya atau Patai Paranggupita di Wonogiri.

Beberapa kali Atiek, puteri warisan kraton Jogja  berpesan kepada kami, pembatu Ratu Loro Kidul  itu Nyi Loro Kidul suka warna hijau. Kononnya pengunjung berbusana hijau tidak selamat
 bermain di pantai kerana ombak akan menyambar di bawa ke laut untuk dijadi pembantu di kraton laut Ratu Laro Kidul. Oh lagenda yang begtu mistis.   Ratu Laut Selatan, pemilik segala gelombang, segala hidupan, konon dapat masuk keterowong yang menuju ke kraton sultan . Bayangkan dia ialah permaisuri  Sultan  Jawa. Mitos yang mempersonakan. Tetapi di antara kami memang  ada yang memuja Nyai Loro Kidul, selalu bergaya luwes, bicara begitu perlahan sopan dan berjalan gemalai. Dia juga adalah puteri waris kraton  Jawa Lama.

Tetapi tidak seorangpun diantara kami yang  memperdulikan  keturunan itu. Apa lagi bisik Nurma, " Kok nggak pernah ngundangi kita ke kraton, kok sesekali undanglah kami huuu". Diam-diam aku tersenyum kerana aku sudahpun pernah makan semeja dengan waris  ibunda Ratu di rumah pintu selatan kraton. 

Sekarang melukis di pantai aneh ini? Memang tidak seorang pun berani terjun berenang ke Laut Selatan. Kami bermalam, memasang unggun api, Ginting mula memetik gitar, Nurma Tarigan sudah menarik nafas Batak Karonya...suara Batak yang lapang mengaum di malam berbintang berkilauan di Parang Tritis.  Di iringi desah gisiran daun pandan dihembus bayu malam. Ya esoknya pagi-pagi kami wajib menyiapkan sketsa, tiada masa untuk menjalin atau menumbuhkan gelora cinta. 



DARI Budi Kemuliaan  ke Tanjung Periuk

Angin rusuh sungguh meremuk hatiku. Hanya kerana tidak dapat menerima cintanya, aku terus rasa bersalah . Si dia  terus merayu tetapi sinis juga,  " Mentang-mentang kau dikejari cowok Malaysia, kau pandang rendah kepadaku. Kau kejam Zain, aku tahu pacar Malaysia mu si Husni, si Zali, tu yang di Bandung juga di  Surabaya , memang aku bodoh menggilaimu "  . Jantungku berdetak deras. Sunguh dia meneropong terus perjalananku. Memang aku kerap ke rumah Pusat Pelajar Malaysia (PKKPMI) di Kota Baru, Bulak Sumur.  Aku ke Surabaya, terus ke Bali utuk melukis. Aku ke Semarang untuk mengurus perpanjangan  visa pelajar, ke Jakarta untuk mengurus surat kesamaan sijil HSC setaraf dengan SMA. Selama di Jakarta tempat penginapanku, kalau tiba pagi terus menuju Galeri di Jalan  Gereja Theresia. Siangnya berjanji dengan Wan Azizan di PKPMI, di  Budi Kemuliaan,  dibantu oleh Syed untuk surat-surat rasmi dari Atace Pendidikan. Malam di bawa menginap di rumah mereka yang berkongsi Wan Azizan , Kak Hamadah, Kamarauddin, Isa...Jadi si dia boleh saja  curiga mengira aku bebas bertukar pacar. Ini sungguh menghina. Puncak hinaan itu membuat aku lari meniggalkan Jogja sehelai sepinggang. Dengan bercapal , beg galas cukup wang tiket keretapi kelas tiga, sedikit bekalan, aku meloncat ke kereta api malam yang segera akan berangkat. Sungguh tiket juga kubayar di dalam gerabak.

Kereta api tiba di steseyen Gambir pukul 6.30 pagi.  Aku keluar menyusur pelahan, mencari warong di pinggir jalan, membeli secangkir teh manis. Merenung dalam-dalam kehidupan belajar untuk menjadi seniman. Tetapi aku perempuan, masih dianggap tabu berjalan sendirian . Gadis Jawa keluar mesti ditemani saudara atau kalau sudah berpacaran, si pacarlah  yang menghantar ke sana sini. Tetapi aku, yang belum tega serius berpacaran, kerap berani keluar berjalan sendiri. Tiba ke mana saja yang ku fikir selamat. Sekarang aku harus mencari penyelamat di Jakarta. Kulambai  beca minta dihantarin ke Cikini Raya. Aku harus buat laporan kepada Pak  Rektor ASRI...aku datang untuk belajar bukan mencari pacar.
" Saya dihina begitu sekali oleh si dia, saya sedih Pak". Mampukah aku bicara begitu kepada Sang Rektor yang memang menginap di hotel Cikirni Raya tidak ajuh dari Taman Ismail Marzuki. Rektor kami juga  berjabatan di Lembaga Pendidikan dan Kebudayaan dan kerap berulang alik Jakarta - Jogja. 

Kerana tiba begitu awal, aku harus menungu di ruang tamu sehingga Pak Rektor keluar dari biliknya untuk ke kantornya di Taman Ismail Marzuki. Barangkali kerana kasihan aku menunggu lama pengurus hotel sendiri mengetuk pintu .

Ku dengar suaranya ," Maaf Pak, ada tamu menunggu sudah hampir satu jam, katanya penting untuk bicara  sama bapak"  

" Siapa, cewek, cowok? "
" Cewek Pak, katanya mahasiswi ASRI"
" Wualah, edan, sopo tho - ya udah masuk aja ke sini  "

Pak Rektor keluar sudah siap perpakaian, dan setengah terkejut aku tiba-tiba mendadak mencarinya.
" Lho ada masaalah apa mencari saya ? Nyoman pasti! "
Aku terkejut juga, dengan pertanyaan begitu
" Sudahlah saya sudah tahu, Nyoman juga mengadu, Zain sudah menolakknya, apa sudah punya pacar anak Malaysia? Ngak apa-apa toh, Zain berhak, pilih sendiri ..." 

Aku pula terpinga-pinga, malah tidak perlu mengadu lagi. Lebih terkejut lagi betapa baik hati sekali Sang  Rektor yang memperduli masaalah mahasiswanya. 

"Lho, kamu ngak bawa tas pakaian? "

Aku hanya menggeleng kepala, antara malu, kesal dan berwajah setengah bodoh.

" Udah, nah ke sana, masuk kamar, pilih saja baju saya, hem panjang boleh dipakai , labuh to jadi rok, celana dalam juga ngak bawa? "

Setengah mati aku terkejut dan malu...kok prihatin sekali beliau dengan dunia perempuan.

" Sudah, ambil wang ini, pergi beli pakaian pentingmu...saya sudah ada rapat...mahu kemana siang  dan malam nanti nginap di mana? "

Belum sempat aku menjawab, Pak Rektor sudah hilang masuk ke mobil dinasnya. Aku terpinga, merasa sedikit malu, tetapi tersenyum sendiri, mempunyai seorang ayah di rantau. Aku membuka genggaman, melihat nota RP 100.000 hulurannya yang begitu tinggi nilainya pada tahun 1970an. Akupun bagai melihat awan putih berawan dengan cantik berbunga di hati. Selepas ini aku akan mandi di kamar singgahnyanya , memilih baju kemejanya yang beranika warna dan bunga. Kupilih kemeja merah jambu, kain kapas, berbunga renik putih, menyarungnya, sungguh labuh hingga kelutut. Kurapikan dengan tali pinggangku dan kelihatan seperti gaun. Sehelai kumasukkan ke dalam beg galas. Cukuplah untuk dua malam di Paseban - Salemba menumpang tidur di rumah Kak Hamadah atau kalau mereka tiada, aku menumpang saja  di Budi Kemuliaan...

BUDI Kemulian! Nama sejarah dalam kehidupan kebanyakan pelajar Malaysia di Indonesia.  Rumah + Pejabat Pendidikan Kedutaan Malaysia ini memang harus dikunjugi, melapor diri atau mendaftar sebagai pelajar baru . Di sini aku berkenalan dengan En Kamaruddin, Syed, Ghazali Abbas, kemudian di bawa ke rumah Kak Hamadah di Peseban. Rumah ini juga menjadi tempat singgahan, bermalam, walau memang tidak ada kamar lagi kerana sudah ditempati atau di sewa oleh pelajar lelaki, ketika itu.

Memang aku dapat merasakan keanihan teman-teman dan pelajar lelaki Malaysia kenapa aku selalu datang bersendiri. Tanpa janji dan seenak menumpang tidur kadang hanya di ruang tamu, di kerusi panjang di situ. Dasarnya memang tidak ada pilihan, kalau tiba waktu sudah senja dan jalan macet, atau hujan lebat. di ruang tamu rumah itulah aku menginap. Sempat bersahabat dengan kumpulan pelajar-pelajar Akademi Ilmu Pelayaran (AIP). Kebetulan aku memang mencari Mazlan, ibunya berasal dari kampung  Gombak. Bererti kami orang sekampung.  Bayangkan bagaimana kami tidur  (sebenarnya tidak dapat tidur, aku harus berjaga-jaga) kerana asyik bercerita.  Cerita kehulu hilir dengan latar pengalaman anak Malaysia di rantau. Di situ kukenali Nizam, Nik, Kamarulzaman, Mazlan. Mereka jua meramaikan acara pameran lukisanku di  Taman Ismail Marzuki. Kadang aku tercari juga di mana Kin ? Jawab Nizam " Malam minggu dia  wakuancar hahaa". Kenapa hatiku tertanyakan selalu dia atau kerana agak pendiam dibandingkan dengan Niza,Kamal yang kerap membuat aku ketawa?

Hingga mereka akan belayar hatiku juga berdetik, mungkin inilah perpisahan...aku tidak berani menunggu lelaki pelaut. Pelaut yang kaya degan pengalaman, bergelora tidak saja oleh oleng ombak tetapi juga bersambut gelora di pelabuhan. Aku berpisah dengan pelaut muda itu tanpa sebarang janji dan harapan...apakah kami akan berjumpa lagi dengan mengucapkan kekesalan kami,
" seharusnya aku berkata, selamat belayar, kirimlah surat , aku menunggumu!"
dan aku mengharap dia akan menyatakan,
" Selamat berjumpa lagi sayang, tunggu aku "  atau sesekali dia mengirim poskad dari pelabuhan yang di singgahinya.

Ombak dan gelombang laut boleh kau lihat. Tetapi ombak di hati
bergelora dengan kencang kupendam sendiri. Sehingga bertahun -
tahun deru ombak itu terus memukul sebak di hati. Salahlah aku kalau masih menyerunya di mana kau Putera Laut?

Friday 9 September 2011

15. JOGJA TATAP PANDANG MENJELANG PULANG


SELESAI  pameran di Galeri Senisono, aku sudah merencana untuk pameran  di Jakarta. Tetapi bagaimana caranya. Jogja kurasa semakin tipis awannya, tidak menampakkan hujan turun. Masih membawa bahang hangat dan aku berkeringat sepanjang jalan di celah-celah pasar Bringharjo di Malioboro.Aku membeli buah yang tidak mudah kudapati di pasar tanah air. Kupilih buah kasmek yang berbedak itu (pisang kaki), buah jipang (timun jepun) untuk ku nikmati .  Kubeli sebungku nasi gudeg berlauk ayam dan nangka yang dimasak bersantan hingga dagingnya lembut. Tetapi dasar pelukis aku masih ingin terus membuat lakaran.

Akupun berlindung  di bawah payung kertas terkembang tetapi robek di sana sini, mula melakar. Masih ingin merakam tubuh Tugu Malioboro dengan wajah jam besar di depan Istana. Selepas itu ku pacu  motorku menderu ke Ngasem masuk ke pasar  burung. Kucari pasu tanah kecil berbentuk mangkuk minuman burung, bekas teko semuanya kecil supaya mudah dibawah pulang. Hussin dan Zul mengajak berkelah ke pantai Baron..kami pergi beramai dengan kawan-kawan PKPMI, hingga tiba ke Prambanan  dan memanjat  kubah Borobudur. Aku tidak menemukan apa-apa untuk di seret pulang kecuali menambah lakaran untuk nota himpunan zamanku di Jogja. Aku balik ke pasar, mengheret sandal tipisku, keringat mengalir membasahi jaket, kuteringat barang logam, ya harus mencari loceng logam yang serimg tergantung di leher sapi atau kambing. Membayangkan bunyi kerining loceng setiap kali binatang itu berjalan, bertiduran malas di pasar sapi. Ketemu loceng sejengkal tingginya. Logam tembaga berat, dengan buahnya dari logam juga ,ku seret akan dibawa pulang kelak. Wiwis anak kecil di rumah  kost ku berlarian ingin bermain dengan loceng tersebut. Cepat kusembunyi sebelum dibawanya lari. Kenapa loceng? Hatiku berdetak sendiri? Ya loceng mengingatkan aku tentang waktu, tentang hak milik ya aku harus menggenggam loceng peringatan, kau pernah ada meninggalkan jejak di Jogja !
Para Dosen yang membimbingku

Di kampus ASRI  Gampingan aku mula menjabat tangan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada para dosen yang mengajar dan membimbingku. Pak Widayat yang mengajar kelas dekorasi, Pak Soedarso, ahli Sejarah Seni Lukis Moden,  Pak Kadir MA mengajar Filsafat Barat, Pak Fajar Sidik mengajar Design Elementer...Semua tertanya " Loh kok nggak nunggu acara Wisuda  ijazah? ". " Maaf Pak, masih lama tarikh itu...saya harus pulang cepat, sudah ada kerja lain Pak". Aku berdalih " Pak Fajar ketawa sambil memberi komentar, " Tahniah sudah ada kerja , baguslah " ...Ak juga perlu melapor ke Ibu Brodjo, di warungnya di depan rumah Kuncen.." Bu saya mahu pulang, mohon hutang makannya ditangguh dulu ya, selepas saya dapat kerja akan saya kirim sisa hutang makan saya ya bukkk " . Ibu Brodjo mendakapku, " Ooollha ndouk, oundouk, ora nopo -nopo tho...halal ojo to...." . Aku terkedu dengan kebaikan ibu yang kerap memberiku sepirig nasi dengan lauk tempe dan tauhu di warong makannya. 

Di hari lain, kusinggah di rumah Ibu Hadi, sekali lagi aku didakap wanita ampuh, baik hati yang kerap mengeroki badanku kalau aku datang kerana demam dan bermalam di rumahnya. Terlalu banyak yang baik hati untuk kucatat, tidak tercatat. Mami Kartika dan Nenek Mariyati - isteri Affandi sibuk sekali memberi aku dorongan " Izan sebelum pulang, harus buat pameran di Jakarta,
, ayuh  hubungi Kedutaan Malaysia, itu tugas mereka lho...untuk promosi Malaysis jugakan ...ada calon pelukis Malaysia belajar di Jogja". Aku tambah bersemangat...ya pameran lagi sebelum pulang ke tanah  air.
Selepas itu memang bagai setengah mimpi, terkejut, sekeping surat tiba dari Jakarta...Penasihat  Pendidikan Kedutaan Malaysia dari Jakarta akan datang menemuku! Surat bertanda dengan  nama Murtaza  ZAABA !. Allahuakbar.

10 September 2011 

Monday 5 September 2011

14. SANGGAR PUTIH PENAJA PAMERAN

   Melakar di Gembiraloka dengan teman-teman senior ,
 Wardoyo, Enderin, Giono

JURUSAN Seni Lukis ASRI memang kerap riuh dengan kerja amali di luar studio. Kebetulan yang dapat terus naik ke tahun ke dua tinggal beberapa orang saja perempuan. Beberapa orang entah kemana menghilang. Yovita juga tiba-tiba tidak muncul. Nurma Tarigan kadang ada kadang hilang. Aku terus seperti biasa kerap keluar melakar. Anehnya setiap melakar di Malioboro, ke Gembiraloka selalu saja muncul teman-teman lebih senior..dan kami selalu bergabung, dan aku tidak peduli meneruskan kerja seni. Memang ada yang cuba mendekati, tetapi kerana aku sibuk melakar dan beralih tempat, mereka tidak sanggup mengekoriku lagi...akhirnya aku sendiri lagi.

Patung wayang kulit Jawa koleksi Galeri Melora, 1972

Paling bebas dan tenang melukis ialah bila melangkah ke muzium dengan koleksi wayang kulit.  Wayang kulit Jawa yang jauh berbeza dnegan wayang kulit Melayu Kelantan dengan mudah dapat kudekati. Watak Bagong dan Semar paling kuminati. Teknik menggaris bebas lincah sudah kupelajari dari Nyoman. Tetapi supaya tidak terikat dengan gaya garis ekspresifnya aku mula menumpah tinta hitam bertompok ke atas kertas, lalu melariknya dengan    lincah menggunakan batang lidi. Tinta mengalir ke bawah.  Percubaan kebetulan terjadi ketika aku melukis di bawah gerimis, dan tinta jatuh di atas kertas. Percikan gemiris cepat mengalirkan tinta dan airnya begitu aneh dan terkesan dengan bentuk bebas. Akhirnya garisku sudah berwarna dengan tiga lapisan tona yang bebas, garis, ruang hitam cair dan hitam pekat.  

 Bagong-Semar, Cat Minyak, 45 x 45 cm

Selesai ujian akhir, dan viva skripsi aku meluru keluar cepat dari  ruang ujian lisan. Aku tidak sanggup menunggu keputusan, lulus atau tidak . Aku ngeri kalau keputusan  membawa takdir  malang. Seseorang mengejarku dari belakang, Kutoleh  selintas, rupanya Ibu sekretaris penata Ujian Sarjana. "  Hei mbak Jenon kok buru-buru, kau lulus terpuji...skripsimu  bagus dan cara kau mempertahan idea ekspresioisme, Pak Fajar senang !  Ayuh kapan pameran? " Ayat terakhir itu membuat aku tersentak dua kali. Sebelum ujian lisan - viva mempertahankan skripsi, memang setiap calon sarjana wajib membuat pameran. Pameran karya ini akan dinilai untuk dianalisis sama ada dapat masuk ujian viva atau tidak...sekarang Ibu Skretaris bertanya ' Kapan Pameran? Kenapa tidak.
Aku seakan terkulai di bawah pohon rendang menghadap ke Sanggar Putih, milik pelukis Amri Yahya. Amri Yahya...ya aku harus berjumpa beliau dan menghkhabarkan aku sudah lulus dan boleh membuat pameran solo!

Datuk Arshad Ayub , rombongan MARA  dan Kementerian
Pendidikan turut hadhir melihat pameran lukisanku
 di Galeri Senisono, Feb 1974

Atas sokongan Pak Amri Yahya (Almrhum) , agak sukar kupercayai  atas kesudian beliau menaja pameranku:  mencetak katelog, sewa dewan pameran dan jamuan . Sampai sekarang masih belum kutemui jawabannya. Beliau hanya bersuara, ' Ya udah siapkan  lukisan, bawa ke galeri beres...nanti kita cetak kalelog pameran, undang anak-anak Malasyia  biar rame..."  Mungkinkah kerana aku yang setia berulang alik masuk ke galeri beliau atau kerap datang memenuhi acara ceramah seni di Sanggar Putihnya sehingga beliau dapat  menilai kecenderungan  dan keseriusan anak muda ini. Inilah pameran solo ku yang ke tiga setelah pameran di Shah Motel (1969), dan di British Counsil (1972) anjuran APS.  Mungkinkah akan bersambut pula pameran di Jakarta. Mana tahu Kedutaan Malaysia sudi menaja pameran ku di Taman Ismail Marzuki?

Buat Pak Amri Yahya, semoga ruhmu  beliau diberi cahaya lindungan  kasih Ilahi sesuai dengan amalam seni mu  yang Islamis. Al Fateha. Amin

Subuh Bangi
6 September 2011/ Ramadhan 1432


Sunday 4 September 2011

13. MALAM BUNGA RAMPAI

                                 Usman Awang menonton latihan teater W.S Rendra di Jogja

TELAH beberapa kali aku menonton latihan teater W.S Rendra di halaman sanggarnya di Ketanggunggan. Sesekali mencelah dalam kuliah umum yang disampaikan oleh penyair ini. Ruang  kuliah menjadi penuh padat dan kepanasan meruap. Tetapi di halaman terbukanya kita akan bebas santai menonton malah kadang kala diajak serta melakonkan gerak improvisasi bebas bersama. Beberapa orang anak ASRI yang terlibat ialah Untung Basuki dan Ken (Ken akhirya menjadi isteri Rendra ) .

Pengalaman menonton Malam Cempaka Berbunga anjuran Taman Budaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka (1972) , telah  menambah kegairahanku untuk mengadakan acara pembacaan puisi di Rumah Pelajar Jogja. Sebagai AJK Kesenian aku memang harus merancang program sesuai dengan waktu dan ketikanya.
                               Depan> Kamariah, Rokiah, Citok, Ibrahim. Belakang kelihatan
                            Azran dan Rahman Kuraish  yang menggamatkan acara baca puisi, 1972

Malam Minggu di Rumah Pelajar Malayisa Jogja :
Ruang tamu  kugelapkan. Kamariah dan Rokiah membantuku memasang lilin, berjejer mengilingi ruang hingga ke pintu halaman . Ada yang terkejut bersuara , " Hei lestrik mati ke?? eh....macam nak sambut hari jadi, pasang lilin, banyak pulak tu".Ya, suasana acara baca puisi belum lumrah ketika itu di rumah pelajar. Azran maju ke depan, menyampai kata aluan, " Ini idea Izan, Siti baru pulang dari KL, dah ikut baca puisi dengan seniman, pelukis penyair....sekarang  dia bawa acara itu ke sini...cuma malam ini bergelar  Malam Bunga Rampai...kenapa malam bunga rampai, tanya Izan sendiri.

Memang sebelah petang sebelum malam, aku telah meminta Rokiah dan Kamariah menghiris daun pandan. Memetik bunga kemboja di jalan muka rumah, serta bunga renik yang tumbuh meliar di depan jendela...merenjis sedikit air wangi, hingga malamnya, masing-masing dipersilakan mengambil sejemput bunga rampai...ya itulah agaknya di sebut majlis Malam Bunga Rampai. Aku masih belum membuka rahsia judul malam persembahan itu. 

Selepas aku menolak Nyoman, ya memang bermacam masalah timbul. Ada ejeken, ada fitnah datang  melayang dari Kuala Lumpur. Semua itu dikhabarkan oleh ibuku dengan surat panjang. Angkara Lili membawa Nyoman mengenalkan kepada sahabat pelukis, timbul bualan, " Nyoman bekas pacar Izan ". Nyoman menjadi mangsa oleh iri Lili dan cerita ini berpanjangan hingga BaMu membuat surat panjang lain...." Lupakan aku..." Lah kenapa harus melupakan? Apa yang membuat dia menulis begitu. Tambahnya lagi, " Aku akan bertunang,  dengan J, makcik yang akan meminang" . Aku terpinga, seingatku, Mak yang suka dengan BaMu, meminta aku melupakan Nyoman. Aku terpana, kecuali catatan puisi menjadi pendamai , sehingga terciptalah lakaran puisi " Malam  Bunga Rampai".  Judul puisi ini jugalah menjadi tajuk acara baca puisi di Rumah Pelajar Malaysia.

Kubaca larik puisi itu dalam remang cahaya lilin, sambil bergerak bebas langkah demi langkah di arena ruang tamu..aku tidak melihat sesiapa  lagi kecuali bait puisi remaja itu saja, Inilah bait spontan yang mengalir begitu saja sepanjang pembacaan tersebut, yang kemudian ku edit menjadi puisi lengkap,

Malam ini
dalam sinar lilin-lilin
betapa kemesraan menjauh
menghilang dalam bayang.

Beginilah dalam genggaman
wanginya si bunga rampai
ada kuterima seulas rasa dari mana,
angin mendayu
di balik batu kaca
terbujur rumput menghijau
ah! sendiri juga memamahnya.

Malam ini
kuterima surat mama
tiada tangis bagiku
kecewa ini bukanlah yang pertama.

Dan antara kita
Kuala Lumpur dan Jogja
telah terbelah udaranya
janji tinggal di Oasis Snack Bar
kata-kata sedingin ais rumba
dan cincin ini
kenangan cuma
segenggam  bunga rampai di malam wangi
mengiringimu di malam pertunangan
kukucup impian dalam Jogja malam.

(Jogja 1972)

Beberapa bulan kemudian telah datang rombongan Pengakap Malaysia. Antaranya muncul Atondra yang juga aktif berpuisi dan mengengendalikan penerbitan majalah Pemimpin. Kutitip puisi ini kepada beliau dan Atondra menerbitkannya dalam majalah tersebut  isu  bulan Oktober 1972.  
Apakah wangi malam bunga rampai masih semerbak atau masih terhidu ...Tapi bagiku, di situlah bermula kerja penulisan puisi sebagai kerja melukis, menjahit dan laporan kajian akademik. Malam itu jugalah tampil Mohd Noh Dalimin (sekarag Prof Datuk, NC Universiti Hussein Onn), Maryati,  Tibroni, Hussein, menyampaikan rasa hati di malam puisi di Rumah Pelajar Jogja.
6 September 2011

Sunday 28 August 2011

12. KUNJUNGAN PENYAIR PENA









JOGJAKARTA 1973
ANGIN November masih membawa tiupan hangat. Hujan bagai tidak akan turun, dan Merapi kadang bebas daripada awan dan kelihatan puncaknya dari jauh, gagah perkasa. November juga musim cemasku, kerana harus menyiapkan kertas projek dan lukisan untuk persiapan ujian akhir. Bulan ini juga, PKPMI cabang Jogja telah mendapat berita dari Pusat Pelajar di Jakarta, tentang kunjungan penyair Persatuan Penulis Nasional (PENA). Hal ini disampaikan oleh Azran Abd Rahman ketika kami bertemu di Pusat Pelajar di Jalan Abu Bakar Ali. " Nah anda suka menulis puisi, inilah peluang baik berkenalan dan menyambut rombongan penulis". Aku segera melihat jadual harian.
Akhir November sudah tiba musim ujian. Aku harus menyiapkan 20 keping lukisan cat minyak, 100 keping sketsa hitam putih. Nyoman, asisten dosen sketa sudah kerap berwajah sinis. Beberapa keping sketsa sudah ditolak dengan nada jengkelnya, " Garisnya tidak lincah, tidak ekspresif..mana keberanianmu?" Persiapan ujian akhir dengan pameran solo di Aula, viva dengan diskripsi akan menyusul di minggu kedua bulan Disember. Perasaan sudah berbelah bagi memikirkan kewangan untuk membeli kain belacu, kayu bingkai dan cat minyak. Wang kiriman daripada Mak sudah berkurang, mujur masih ada sisa simpanan daripada upah membuat design pakaian kawan-kawan. Bagaimana untuk bersantai dengan acara baca puisi? Itulah rancangan kawan-kawan PKPMI di Rumah Pelajar yang mengatur acara minum petang bersambut dengan acara baca puisi. Beberapa orang kawan-kawan daripada jurusan sains juga sudah ketagih dengan acara baca puisi sejak AJK Kesenian mengatur program " Malam Bunga Rampai" menjelang malam HUT Ogos 1972.
Selain Azran Abd Rahman sebagai ketua AJK Penerangan yang sudah menulis puisi, muncul juga Idris (jurusan Sains Hayat), Timbroni (Kedoktoran) termasuk Mariati, Mohd Noh Dalimin (sekarang NC Universiti Tun Hussein Onn), sudah mendekati menulis dan membaca puisi masing-masing. Tambah Azran lagi, " Ini peluang kita, nanti lebih senang puisi kita tembus ke Dewan Sastera". Akhirnya tindakanku, ya baca puisi, kenapa tidak?
Azran juga sudah mengatur untuk mengenalkan Usman Awang dengan penyair Umbu Landung Paringgi, pemimpin Persada Group Jogja. Aku sendiri terlintas memikirkan untuk membawa mereka ke Sanggar WS Rendra. Sebagai AJK Kesenian memang aku kerap membawa rombongan yang meminati seni agar kunjungan mereka tidak hanya untuk berbelanja batik saja. Aroma Jogja, kota budaya, kadang dicemari oleh sistem dagang , dibawa berbelanja sahaja dan amat merugikan kalau pengunjung tidak mendekati budaya leluhur Jawa yang asli.Mungkin bangunan candi Prambanan, Borobudur sudah begitu popular di kalangan pengunjung, tetapi masih banyak khazanah budaya Jawa-Majapahit dan nuansa Islam patut dikunjungi. Bagi kawan seniman kerap juga kucadang mereka untuk meninjau Taman Hiburan Rakyat (THR), galeri dan muzium di kraton, Seni Sono. Tetapi untuk kunjungan penulis dan penyair ini, sempatkah mereka bertemu penyair dalam kunjungan sehari dua? Jadi pilihan mudah ialah membuat kunjungan ke sanggar WS Rendra di Ketanggungan. Sedang fikiranku masih menyeret bagaimana aku dapat membeli sepuluh meter kain belacu, perkakas kanvas lainnya dan cat. Bukankah biasanya kalau ada tamu dari Malaysia kerap membuah rezeki?
Kupecut motor Sport Honda Pickup meninggalkan kampus ASRI di Gampingan. Kutinggalkan kuliah minggu akhir (22 November 1973) hanya untuk bertemu penyair.
Menjelang bulan Disember, Jogja kerap ditiupi angin kering lansung dari arah Bukit Merapi. Aku mencelah ke PKU, menuju ke arah pejabat pos, sebelum melencong ke arah Bulaksumur kampus GAMA, membelok ke kanan menuju kali Codek langsung ke halaman rumah pelajar di Jalan Abu Bakar Ali.
Di halaman sudahpun menunggu sekumpulan kerabat PKPMI. di dalam pula sudah tersusun kerusi memenuhi ruang tamu. Aku yang terlewat tiba, mencelah ke dalam. Mereka sudah tiba dan acara sudah dimulai sehingga aku tidak dapat mendengar ucapan alau daripada dua belah pihak. Tiba-tiba namaku diseru, " Ayuh, wakil kami ialah Siti Zainon, dia penyair Jogja" . " Ha??" Agak aneh panggikan itu, aku baru mula belajar menulis puisi, jauhlah boleh disebut sebagai penyair! Dadaku bergemuruh bila mendengar suara 'Ayah' Ismail Gemuk' dari jurusan Syariah di Institut Agama Islam negeri. Beliau membahasakan dirinya sebagai 'ayah' kerana namanya sama dengan nama Abahku. Debaran itu makin memuncak dengan tepukan daripada tamu petang itu. Kuperhatikan Usman Awang, beliau tunduk sambil menghisap rokok kretek, seperti acuh saja melihat si gadis kurus ini terkial-kial mencari nota (kerana aku belum bersedia) sajak. Tiba-tiba terlihat wajah Jihaty Abadi, dan bukunya terbentang di depannya. Ideaku spontan dan bersuara, " Saya akan membaca puisi penyair Jihati Abadi". Sang penyair berasal dari Kedah tersentak, tetapi cepat menyedari lalu menghulur buku puisi itu. Pada hal aku belum pernah hafal atau membaca karya beliau. Sebaliknya sejak di sekolah tingkatan V-Vl kami haya disogok dengan puisi " Bunga Popi" oleh Usman Awang. Debaranku mula reda bila beliau kembali mendongak, tersenyum dan bersuara amat perlahan..." Siti sudah melihat penyair Malaysia membaca puisi acara Malam Cempaka Berbuang - sekarang silakan baca di Jogja ini, kami datang dari jauh ". Suaranya ramah, senyumannya manis ikhlas. Akupun terlontar di Malam Cempaka Berbunga ketika pulang bercuti tahun 1972 lalu. Ya aku berpeluang bersama pelukis Latif Mohidin . Mustafa Ibrahim, kerana acara sepontan melukis dan puisi cuba digabungkan serentak dalam acara di Taman Budaya Jalan Ampang. Daripada pertemuan itu diakrabi oleh penyair terkenal terutama Usman Awang, kami diheret makan di Benteng, termasuk penyair Kemala, A Ghafar Ibrahim. pelukis Latiff dan Ali Mabuha. Baru juga saya tahu gaya bersahabat seniman di mana saja sama, cepat mesra dan bersahabat, terutama kerana kami telah membaca karya-karya seni mereka.
Imbauan kenangan di tanah air dikejutkan dengan suara Usman Awan, " Adik-adik semua yang bakal menyumbang ilmu , anda juga beruntung kerana datang kesini, di kota Jogja yang kaya seni budaya...yang bakal mengisi persada seni tanah air". Dengan pertemuan itu saya mula menghayati puisi bila penyair Ahmad Razali, Kapten Muhamad Awang dan Yahya Ismail, bangun silih berganti membaca puisi. Hal yang terkesan ketika itu ialah puisi alat utama menyalir idea dan gejolak emosi peristiwa zaman. Tetapi selepas itu muncul Salleh Daud dengan pesannya, " Usman nak jumpa". Suara beliau ringkas dan saya makumi, " Esok Non bawa kami ke rumah Rendra ya".
Tetapi sebelum tiba esok hari, kami sudah sebeca menuju ke rumah Afandi di Jalan Solo. Memang ada sepasang mata aneh menyorot kami.
"Memang beruntung Non memilih Jogja untuk belajar seni. Tidak silap ayah menghantar Non ke sini, tentu ibumu juga gembirang kalau Non pulang berhasil membawa ijazah nanti. Ah , abang tidak berpeluang belajar tinggi, kami miskin dan iu pergi waktu abang masih kecil" Ungkapannya mengalir begitu sahaja ketika itu aku belum mampu mengeluarkan kata-kata sedangkan kenyataannya aku juga dihimpit derita di rantau. Hatiku juga bersuara, " Aku juga miskin, ayah juga tiada. Tinggal emak, hidup dengan wang mencuci pakaian dan memasak di rumah orang".
Di Galeri Afandi, beliau mengeluh lagi, " Sayang di tanah air belum ada rumah seniman dijadikan galeri seperti ini...nanti Non pulang bolehlah buat geleri mini, terbuka kepada rakyat marhen"
Esok siangnya kami sudah sampai di halaman sanggar W.S Rendra di Ketanggungan. Kebetulan tokoh penyair dan teater ini sedang melakukan latihan teater " Mastodon dan Burung Kondor". Latihan sanggar ini memang merakyat. Kerabat kampung bebas berkumpul melihat latihan yang dibuat terbuka di halaman, memang terbuka saling berselebahan dengan rumah penduduk lainnya. Rumah berdinding pelupuh buluh, kelarai dan lantai tanah latihan saling akrab - tiada batas antara ahli teater denga anak-anak yang menonton. Anah buah teaterW.S. Rendra juga terdiri daripada pelajar-pelajar dan mahasiswa di kampus persekitaran Jogja. Terdiri dari jurusan yang berbagai termasuk dari ASRI jurusan seni rupa, atau ASTI , seni tari, filem dan sebagaianya termasuk pelajar asing (dari Barat) yang sanggup bergabung dengan suasana santai dan bersahabat. Di anjung rumah keliahatan mbak Narti isteri pertama seniman ini sedang memilih buah belinjo dibantu oleh isteri kedua dan sahabat perempuan lain. Sesekali muncul Ken turut bergabung untuk megnukutai latihan. Ken akhirnya menjadi isteri Rendra hingga ke akhir hayatnya.
" Oh mana rumah teater kita? Abang rindukan suasana seperti ini, Taman Budaya kita belum menjadi juga". Saya mendengar keluhan itu bagai tertuju juga kepada ku. apakah akan dapat kulakukan kalau pukang ketanah air? Mampukah aku mempunyai sanggar sendiri?
Ketika itu juga terkintas wajah Ismail Zain , Pengarah Kebudyaan KKBS jugap pernah datang lebih awal dan mencariku di ASRI, dan menjelaskan, " Taman Budaya akan didirikan. Usman Awang salam seorang tenaga penggerak. Non cepat selesaikan kuliah , boleh bergabung untuk kegiatan seni di Taman Budaya".
Sebelum ini PKPMI telah juga menerima kunjungan Datok Ali Hji Ahmad, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, juga Menteri Kebajikan Tan Seri Fatimah. Mereka bertanya bingung dengan kuliah pilihanku Seni Rupa? Amat sukar untuk menjelaskan makna dan pendidikan seni ketika itu. Di tahun 1970an kerajaan hanya mengirim pelajar-pelajar jurusan sains saja. Bagi pelajar tajaan keraan memang hidup serba cukup. Sewa rumah siap pembantu untuk masakan dan cuci pakaian. Pergi kuiah lebih teratur dan pelajar lelaki sering mendapat perhatian perempuan tempatan. Aku beruntung juga selalu dapat menumpang makan bersama di rumah kost mereka. Jadi memilih jurusan seni, kehidupan masa depan masih kabur. Tetapi dengan suara Usman Awang dan Ismail Zain, aku tahu perlu sesuatu dilakukan, kerana itu aku tidak sabar untuk menyelesaikan kuliah dan pulang ke tanah air. Ujian harus lulus dan tidak mahu mengulangi ujian. Impian untuk meneruskan pengajian ke Belanda atau Eropah ditangguh dulu. Sedang Made Wianta sahabat sekuliah telah meninggalkan kampus ASRI untuk mula mengembara ke Eropah. Namun aku dengan semangat penuh, tahu tanah air menunggu! Itulah juga pesan Usman Awang, " Pulang dulu dan buktikan wanita Melayu boleh jadi seniman berilimu!"
Pesan atau bisikan yang terhimbau di telingan saling berlapis. Bagai terdengar pula suara Hussein Enas, " Siti harus gembling pelukis tanah air". Tambah Usman Awang pula, " Pulang dulu, bantu ibu, kemudian bangun kerja senimu".
Dengan penuh harapan, menjelang keberangkatan rombongan PENA terbang menuju Bali, aku telah menyerahkan manuskrip puisi Nyanyian Malam, lansung ke tangan Usman Awang. Ini manuskrip pertama dapat kususun menjelang usia 23 tahun.Seminggu kemudian kuterima poskad kiriman Usman Awang bercop setem Bali, mengkhabarkan,
" Non memang mempunyai daya seni yang tajam. Abang sudah baca
himpunan manuskrip Nyanyian Malam sepanjang penerbangan
ke Bali. Nanti akan diedit, sepanjang pulang ke Kuala Lumpur".
Tambah beliau dalam sekeping poskad lain, " Ada sisa rupiah, nanti akan dikirim dengan gambar-gambar oleh Hassan Majid".
Memang, sebulan kemudian, aku bukan saja menerima sisa wang rupiah tetapi juga sehelai US 100.00 dua bulan berurutan. Selepas itu aku tahu ada misi panjang penuh cabaran harus kulalu kan sebelum dan setiba ke tanah air kelak. InsyaAlllah.
***
(Gambar 1: Usman Awang ketika berucap di Rumah Peljam Malaysia Jogja, Nov 1973)
(Gambar 2: peserta rombongan PENA dari kiri > Yahya Ismail (juga belajar di UI Jakarta), Azran Abd Rahman , Ibrahim (Dr) dan penyair Jihaty Abadi.
Siti Zainon Ismail


Saturday 27 August 2011

11. KEGIATAN PKPMI 1970-1973

SEKEMBALI bercuti dan membuat pameran di Kuala Lumpur, aku harus segera melakukan sesuatu di Jogja. Urusan Abah sudah selesai. Dari wang Abah aku dapat membeli motor Honda pickup warna putih dengan tayarnya yang besar, kelihatan artistik sehingga teman-teman sekampus telah melihat kegiranganku, dan menduga memang kami sudah menikah di tanah air. Namun aku masih tidak tahu berita guncingan itu. Aku kembali mendaftar untuk tahun ke dua - dengan subjek yang semakin bertambah. Subjek Estetika Seni memang menjadi pilihanku bergabung dalam kursus Filsafat Seni Barat oleh Pak Kadir dan Filsafat Jawa masih berterusan, walau bukan subjek wajib. Jogja bulan April semakin panas. Ruang kuliah di AULA yang bergabung dengan beberapa jabatan lain, sudah menimbulkan aneka bau. Bau keringat dan aku mula terasa ingin muntah. Dengan kesedaran semakin kabur, aku bangun meminta izin keluar dari bilik kuliah dan tiba-tiba Juli sahabat se rumah turut bangun dan memimbingku ke bawah. Dia menahan beca dan kami tiba di rumah Ngampilan dengan suasana yang semakin kabur. Mata ku pedih, tekak ku kering. Juli memegang tanganku, menyentuh kening, " Oh, Zan panas sekali ini kau demam keras, biar kuhuungi Pak Abas ya ( Bapak Abas Alibasyah ialah Rektor ASRI). Aku tidak menjawab, rasa semakin sesak dan anggota makin melemah - lepas itu aku tidak tahu apa yang dilakukan Juli.

Aku sudah digotong ke Pusat Kesihatan Umum (PKU) Muhamadiah. entah siapa yang mengotong (kemudian ku ketahui, Pak Abas mengarahkan kenderaan ASRI untuk membawa ku ke PKU). Aku terpinga. Rasa pening mula reda. Rasa muntah juga sudah menghilang. Tetapi beberapa jururawat sibuk memeriksa segala anggota tubuhku...
Selama 15 hari di rawat di PKU. Siapakah yang datang menjengukku. Made Wianta, Wayan Sika, Jovita, Juli kerap kali berulang. Muncul juga kawan PKPMI Rahman Kuraish, Zul dan Hussin Pawiro. Semua bertanya " Kau sakit apa ya? " Aku mengangkat bahu. Tambah Made pula " Kau tahu haaa, kau sudah di black magic sama Sang Pangeran heee" . Aku tertanya ilmu hitam? Siapa Sang Pangeran ? Made berlalu tanpa sudi menjawab kebingungan. Wayan Sika membawa bekalan makanan dalam rantang, ayam goreng dan sayur lodeh. " Ini kubawa makanan dari ibu rumah kost mu.."

Setelah kembali segar tetapi masih tidak dibenar keluar aku mula berlegar di taman PKU. Memikir juga siapa yang akan membayar kos perubatang. Wang tabungan di BNI hanya RP 5,000. Kepada siapa aku harus meminjam? Sesekali terdengar suara radio mencelah dari ruang pesakit sebelah. Suara radio amatir tiba-tiba membawa pesan, " Rombongan mahasisa Universiti Malaya sekarang sudah tiba di Jogja disambut oleh HPMI" . HPMI? Kenapa bukan PKPMI? Sebelum ini aku sudah mendapat khabar dari sahabat lamaku yang menuntut di UM yang memberi khabar, PBMUM akan membuat lawatan ke Jogja...tetapi siapakah yang akan membawa Fahmi Ibrahim, Harun, Sani dapat mencariku...siapa yang dapat memberi khabar aku sedang di rawat di PKU. Tidak ada jawaban. Sehingga aku keluar seminggu kemudian ku terima susat tulisan tangan , yang memberi khabar amat menyedih. Dadaku sebak, rasa kilau memanah mata hari. Intinya yang membuat aku bertambah bingung. " Sampai hati Izan memilih lelaki Hindu itu. Kami kecewa, seharusnya Izan pulang membawa ijazah bukan suami". Aku tidak dapat meneruskan bacaan tulisan tangan itu. Surat kugumpal tetapi kukutip semula dan ku simpan dalam beg pakaian. Siapa yang menabur fitnah ini? Keluar dari PKU keputusan ku amat jitu. Hanya setahun lagi, aku harus menyelesai kuliah. Aku sudah mendaftar untuk menulis tesis, mengambil ujian dengan subjek melebih jumlah waktu. Beberapa sahabat sekelas merasa aneh, " Kok ingin cepat pulang ya...ah kami main-main saja, tiga tahun kek, empat tahun kek ya bisa aja enjoy di Jogja. Kok kamu ingin segera pulang ? " Mungkin itulah suara Nurma atau mungkin Ginting. Wajah Nyoman juga tidak muncul lagi. Sebaliknya sesekali muncul Ehjpi mengajak ku bermalam minggu dan kami dapat makan bersama di warong sate di depan Hotel Garuda. Terbetik juga rasa senangku bila Ehji datang dengan senyuman dan matanya berbinar kalau berbicara. Kadang-kadang dia menggenggam jemariku keras sekali. Tapi selepas itu Ehjpi menghilang begitu saja. Dia lelaki segak berasal dari Johor, tinggi perkasa yang digilai cewek se kampus di Universiti Gajah Mada. Ingin juga menyampai rasa yang mula bergelora. Tetapi siapakah yang bakal memulakan gejolak rasa itu, apakah dia juga kelu? Setelah dia menghilang aku juga tidak sedih, kerana di hati ku memang kosong, aku tidak perlu sesiapa demi masa depanku. Aku harus berdikari. Tanpa kasih sayang dan dicintai aku dapat mengharungi hidup yang penuh perjuangan. Ketika inilah detik puisi semakin bergelora hingga menjadikan aku bukan saja melukis tetapi juga menulis puisi.
Di manakah aku melarikan diri? Kadang ke Karangwui bertemu adik-adik putera puteri Mami Kartika. Kadang bermalam di rumah gerobak nenek Maryati, isteri Affandi di rumah Daunnya.
Tetapi selebihnya, aku mengisi kegiataan bersama ahli PKPMI. Aku adalah ketua AJK
Kesenian. Peluang ini kutampilkan dengan latihan tarian, membuat skrip persembahan meraikan HUT Malasyia. Juga menjadi penyiar suara PKPMI di RI Jogja . Menariknya kawan-kawan semua menyokong.
Sahabat baikku Zulkifli dan Hussien Wahab sungguh menyenangkan. Kamilah sahabat tiga serangkai merencana persembahan. yang paling terkesan iaitu Pentomin Puteri Gunung Ledang. Aku menyediakan skrip berlandaskan teks Sejarah Melayu. Zul menyediakan rakaman suara dan Hussin turut membantu membuat setting dan prop pentas. Pelakon? Haaa, Mohd Noh sudi menjadi Sultan Mahmud, Maryati menjadi Nenek Kebayan, masih ramai yang terlibat, sebagai dayang. Ku lakar reka busana yang harus dipakai. Masing-masing dapat menyediakannya . Siapakah yang mengurus kewangan aku pun tidak tahu. Tetapi syaratnya , pasti memakai kain songket merah. Sungguhlah persembahan itu menjadi juga dan mendapat tepuk sorak kawan-kawan yang tidak berani naik pentas. (Sekarang kalau kawan-kawan sudi berkongsi cerita ini, tolong tambah catatan memasukkan nama anda dan gerak lakon yang telah ada lakukan dalam PGL kita )
Selain dari persembahan pentomin, kami juga membuat persembahan boria. Sesekali kami membaca puisi seperti acara Malam Bunga Rampai. Antara turut terlibat membaca puisi ialah Mohd Noh Damilin (sekarang NC Universiti Tun Hussin Onn), Zainee Ghazali ,tentu saja tugas ini disokong penuh oleh Azran Abd Rahman sebagai AJK Perhubungan dan Komuikasi. Di hari Mauludur Rasul, kuajak Husin Pawiro dan Mansur Seman untuk turut membaca puisi Sirah Nabi. Menjadi juga, kerana di kalangan ahli PKPMI nampaknya akulah yang mengikuti kursus seni. Malam makin berbintang, bercahaya bulan. Kadang awan menutup cahaya di langit. Tetapi mentari kembali bersinar di pagi hari. Aku harus melangkah harus menyonsong arus, ya ibunda anakmu harus pulang dengan ijazah seni walau belum tahu nilainya di tanah air. Subhanallah..



(Gambar 1:Penyampaiah hadiah olahraga)


(Gambar 2: PKPMI menerima kunjungan Fatimah Sham aktivis sosial dari USM)
(Gambar 3: Persembahan Pentomim Puteri Gunung Ledang)


(gamabr 4: Kumpulan Boria PKPMI)

***
29 Ogos2011